Sunday, January 17, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU 11 HURAIAN TESIS

 

Masihkah Kau Ingat?

 

1.      Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

2.      Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

3.      Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

4.      Membaca banyak artikel terkini  supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

5.      Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tetang kajian yang berkaitan.

6.      Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

7.      Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman- bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8.      Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9.      Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

HURAIAN

Setiap tesis yang dilakukan pelajar hendaklah dilakukan dengan tidak menyalin kembali ayat yang diambil sebagai rujukan. Sebelum pelajar menghantarkan kertas kerjanya, mereka hendaklah menggunakan turntin atau tooluntuk menyemak plagiat. Pelajar juga tidak digalakkan untuk merujuk rujukan yang kedua sebagai rujukan membuat tesis. Untuk mendapatkan kesahihan yag lebih pasti, pelajar perlu menggunakan rujukan pertama. Pelajar juga perlu membaca sekurang-kurangnya 50 artikel untuk memahami kajian yang hendak dijalankannya itu. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk menghadiri seminar supaya mendapat penerangan yang lebih jelas tentang tesis mereka. Untuk lebih mendapat kepastian, pelajar perlu berbincang dengan penyelia mereka dan bukan dengan pelajar lain kerana pelajar lain berkemungkinan tidak tahu bidang yang kita lakukan.  Jumlah halaman pula untuk bab 1 ialah 10-12 halaman. Manakala untuk bab 2 akan berbeza mengikut pangkat. Contoh bagi Bacelor dan Master ialah 30 halaman dan PhD ialah 50 halaman. Bab 3 ialah 10 -12 halaman, Bab 4 ialah 40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 ialah 8-12 halaman. Bagi keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). Hal ini juga tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Universiti Putra Malaysia


BUKTI KEHADIRAN MINGGU 11
CAWAN



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...