Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: Keluargaku

Keluargaku


Ini adalah keluarga saya. Boleh dikatakan keluarga Jasman Bin Ahmed. Keluarga ini agak meriah dengan adanya adik-beradik yang ramai. Ramai tidaklah melebihi sepuluh orang. Tapi boleh dikatakan ramai dalam zaman sekarang. Maklumlah keluarga zaman ssekarang ini paling ramai pun dalam enam ke tujuh orang sahaja. Hendak dibandingkan dengan orang zaman dahulu jarang tidak melebihi sepuluh orang. Saya anak yang kedua dari lima orang adik beradik. Hidup bergelar adik walaupun ada lagi adik-adik yang lain yang layak untuk dipanggil adik. Umur kakak dan saya tidaklah jauh beza pun. Beza setahun sahaja. Jadi memang rapatlah. Itu yang terlekat nama adik berbanding yang lain. nak dapat adik yang ketiga taidaklah jauh mana pun. Jarak dengan adik yang ketiga hanya tiga tahun bagi saya dan empat tahun bagi kakak saya. Bagi adik keempat pula agak jauh juga lah. Lebih kurang tujuh tahun untuk memperolehnya. Kami ingat yang keempat itu sudah akhir tapi alhamdulillah keluar lagi yang paling kecik jaraknya memang agak jauh. Saya peroleh dia semasa satya tingakatan lima. Rasa emak-emak sangat kalau keluar. Tapi memang manjalah, walau jauh jarak kami semua tapi tetap terlekat nama adik itu pada saya. Memang sukar untuk diubah. Kami tidaklah asal dari orang berada dan juga tidaklah miskin. Kami sederha sebab ayah rajin mencari rezeki. Asal ada peluang rezeki pasti ayah rebut. Kami bangga, tapi adakalanya saya rasa kasihan kerana dalam usia mereka yang kalau ikutkan dah boleh pencen tapi ayah tetap bekerja untuk sara kami semua di universiti. Ya saya memang seorang yang agak banyak cakap dalam keluarga berbanding yang keempat, sangat pendiam orangnya. Ibu pula, walaupun dia seorang suri rumah tapi ibu mencari sesuatu untuk menjadikan punca rezeki. Ibu mengambil tempahan jahit baju dikampung. Luas juga perniagaan ibu kerana dikatakan upah jahitannya murah berbanding ditempat lain. Saya suka visi ibu yang katanya ingin menolong orang kampung. Jadi ibu tidaklah mengambil upah yang tinggi. Sambil-sambil niaga, sambil-sambil membuat amal, katanya. Inilah keluarga kecil saya.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...