Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Cara Membuat Blog:

1.Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik.
4. Memasttikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Drpat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan:

Dengan cara yang disenaraikan diatas ia akan lebih memudahkan dalam menarik perhatian pembaca untuk membaca blog tersebut. Kita dapati dengan menggunakan struktur ayat yang menarik dan ringkas ia akan memudahkan para pembaca untuk membaca sehingga noktah yang terakhir. Sekiranya anda menggunakan ayat yang mudah tetapi dapat disampaikan kepada pembaca ia boleh mengelakkan dari pembaca keliru akan pengisian blog tersebut. Pertama sekali yang dapat menarik perhatian pembaca dengan menggunakan tajuk yang menarik pada blog tersebut. Dengan penggunaan tajuk yang menarik boleh membuatkan pembaca terus ke laman blog anda untuk mebaca. Lebih membuatkan seseorang pembaca itu membaca sehingga noktah yang terakhir apabila anda memasukkan lagi jenaka yang dapat menghiburkan mereka semasa membaca. Membaca ini sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh seseorang individu tetapi mereka akan gemar apabila blog tersebut dapat menghiburkan dan sekaligus dapat memberi manfaat kepada pembaca. Apa yang mereka ingin dalam membaca blog ialah untuik mendapatkan maklumat yang mereka cari dan juga bersesuaian dengan tajuk blog. Sekiranya hanya jenaka semata-mata tetapi tiada manfaat dan maklumat yang jelas tentang blog tersebut ia boleh  menyebabkan tiada pembaca ingin membaca sehingga noktah yang terakhir. Pembaca blogger juga akan tertarik sekiranya blog yang dihasilkan itu seperti dapat berkomunikasi dengan mereka seolah-olah apa yang disampaikan diblog tersebut disampaikan secara berdepan. Oleh itu ayat yang ringkas, mudah difahami, mempunyai maklumat dan dapat membe ri manfaat kepada pembaca amat penting dalam membuat blog.

Sumber:

Normaliza Abd Rahim (2014)
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...