Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hai
Menjaga budi perkerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019).Kajian Wacana dan Strategi Kominikasi Teori dan Aplikasi.

Saya seorang yang bertuah diberi kesempatan untuk melihat dunia sehingga hari ini bersama keluarga yang lengkap. Bukan anak yang baik kalau tidak menolong ibu bapa dirumah. Setiap hari diberi tugas untuk membatu satu sama lain. Tanpa gaji dan penuh keikhlasan dapat membantu dari pagi sehingga ke malam. Saya sayang ibu bapa saya yang bersusah payah inginkan yang terbaik untuk saya. Menjaga budi perkertinya adalah salah satu tanggungjawab dan balasan untuk mengenang jasa mereka walaupun tidak cukup. Berhati-hati dalam setiap percakapan, perbuatan dan segala yang dapat menguris perasaan mereka. Saya sayang ibu bapa saya termasuklah adik-beradik yang selalu ada dalam susah dan juga senang. Mereka ibarat penonton dalam drama hidup saya. Mengenali saya dengan watak-watak yang wujud dalam diri saya dengan baik. Walaupun saya jatuh mereka tetap ada. Walaupun saya hilang tapi akan mereka cari. Tiada siapa dapat mengganti keluarga saya kerana tiada siapa yang dapat mengenali saya seperti mereka. Telepati keluarga dan saya tidak akan pernah terputus. Ini terjadi kerana kasih sayang yang dibina dengan kukuh. Tidaklah namanya keluarga jikalau tiada sedikit salah faham kerana dunia penuh dengan ujian dan liku.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...