Thursday, March 5, 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Rumusan keputusan dan perbincangan Bab 6




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri daripada blog pengajian kesusasteraan, blog pembelajaran bahasa dan blog pembelajaran multimedia. Dinyatakan disini blog di dalam Pengajian Kesusasteraan yang mempunyai kategori lelaki dan perempuan. Setiap Pengajian Kesusasteraan dapat dilihat kekerapan tinggi adalah pada perempuan. Pengajian Kesusasteraan yang paling tinggi pula terletak pada cerita pendek. Dilihat 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden perempuan). Manakala yang paling sikit adalah berbeza iaitu Pantun untuk lelaki dan Puisi untuk perempuan. Hal ini dapat dilihat setiap Pengajian Kesusasteraan yang paling tinggi pada perempuan. Apabila dipetik dilihat pada puisi, walaupun perempuan paling sikit daripada Pengajian Kesusateraan yang lain tetapi ia tetap tinggi berbanding puisi lelaki. Ini dapat dilihat kerana perempuan lebih beremosi berbanding lelaki kerqana puisi penulisnya perlukan emosi yang tinggi dalam mernghasilkan karya. Seterusnya bagi blog dalam Pembelajaran Bahasa agak berbeza kerana kajian dibuat untuk tiga jenis iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Dapat dikaji disini kekerapan paling tinggi pada meluahkan perasaan untuk perempuan dan yang paling tinggi untuk lelaki pada pemikiran kritis. Dilihat pada perempuan kebanyakannya suka untuk meluahklan perasaan kerana perempuan banyak bermain dengan emosi. Manakala lelaki pula lebih suka untuk berfikir seperti didalam blog, kebanyakan lelaki mempunyai teka-teki. Mereka lebih cenderung unruk melakukan benda yang mencabar memandangkan kebanyakan daripada mereka tertarik. Lelaki pula dapat dilihat kekerapan yang paling sikit pada meluahkan perasaan. Pada lelaki, apa yang dapat dikaji mereka tidak suka meluahkan perasaan keran bersa malu manakala perempuan pula mereka memang terkenal dengan bersikap sentimental dan disitulah salah satu medium untuk meluahkan perasaan. Untuk blog dalam Pembelajaran Teknologi juga dilihat pada tiga aspek iaitu video, audio dan fotografi. Pada video dan audio dapat dilihat lelaki dan perempuan amat menggemari kerana selepas kajian mendapati 100% untuk kedua-dua jantina dan aspek ini adalah sama. Perbezaan dilihat pada fotografi yang mana lelaki sangat kurang berbanding perempuan.  Perempuan dikenali suka akan benda yang dapat menarik perhatian. Jadi gambar adalah sesuatu yang cantik untuk dijadikan perhatian.


Rujukan/Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...