Thursday, March 5, 2020

TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peningkatan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrsa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Ciptaan perkataan baharu
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan,pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau strategi penangguhan waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers /Strategi penanda (hesitation device)
Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej,  pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran,  penggunaan perkataan semula atau penggunaa kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan,pertukaran kod,  meminta pertolongan /penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atai strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagi kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan ,pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung , strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

Taksonomi seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayant manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Pemukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala penciptaan perkataan baharu  merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambungkan mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan , frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pemgantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1997), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penambahbaikan dan dicadangkan dengan strategi yang baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk strategi komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baharu. Pendekatan strategi komunikasi yang baharu ini telah dibuktikan dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan, penafian/percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone (1997), Faech & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997). Pendekatan startegi komunikasi ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.

HURAIAN TENTANG STRATEGI KOMUNIKASI

Menurut Normaliza Abd Rahim, 2018e) mempunyai enam belas pendekatan strategi komunikasi.  Strategi komunikasi mengikut beliau sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Dari segi penganalisis pula telah dilakukan dengan lebih tepat dan jelas. Hal ini enam belas pendekatan strategi yang disenaraikan adalah amat sesuai bagi analisis data dengan lebih trperinci. Kepentingan yang dapat dilihat adalah mesej yang akan disampaikan dapat disampaikan dengan baik sekali gus dapat mengelakkan dari persalahfahaman. Topik yang disampailan akan saling berhububg kait kerana strategi yang digunakan adalah baik. Pencapaian yang dibuat juga banyak dan memudahkan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...