Thursday, March 5, 2020

NOTA ASAS GRAFIK


 Normaliza Abd Rahim asas grafik adalah sesuatu yang amat digemari oleh seseorang yang gemar menngunakan gambar dan juga video. Penghasilan asas grafik ini adalah sesuatu yang menarik boleh dihasilkan sekiranya penggunaan kamera adalah betul mengikut elemen yang ada. Oleh itu asas grafik mempunyai elemen antaranya ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

Menurut beliau juga untuk elemen mudah ialah sesuatu yang apabila dilihat pada gambar atau video sudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Mesej yang ingin disampaikan dari gambar atau video itu mudah difahami. Selain itu untuk elemen warna pula adalah mengikut mesej yang hendak disampaikan. Biasanya penggunaan warana untuk asas grafik ini tidak melebihi daripada tiga. Akan tetapi akan digunakan lebih mengikut mesej yang hendak disampaikan supaya tidak serabut.  Selain itu untuk elemen teks pula bole dilihat pada sesuatu gambar atau video memperoleh teks yang dpat menerangkan gmbar atau sesuatu video. Dalam teks ini juga digunakan saiz fon untuk menarik perhatian bagi kelihatan cantik dan menarik. Keseuaian pula dilihat pada aspek yang digunakan seperti kesesuaian latar ubtu latar tempat masa dan juga watak. Setiap aspek yang digunakan mestilah bersesuaian dengan gambar atau video yang hendak dilakukan manakala untuk keseimbangan pula dapat dilihat pada sudut keseimbangan gambar dan video yang diambil seperti ruang yang akan dikosongkan untuk diseimbangkan dengan baik. Kemungkinan boleh jadi dibahagian kiri atau kanan lebih berat untuk kelihatan gambar yang menarik.

Asas grafik pula mempunyai kepentingan dalam menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi. Untuk asas grafik yang cantik boleh menarik minat golongan masyarakat. Asas grafik yang menarik ini dapat digunakan dalam pemahaman untuk memahami mesej tanpa rasa keliru dan menarik untuk membaca atau melihat gambar atau video tersebut. Seterusnya ialah mudah untuk difahami. Masyarakat sekarang menyukai benda yang memudahkan mereka tanoa ada tanda tanya dalam diri mereka. Selain itu ialah mesej. Mesej yang disampaikan perlu sampai kepada pembaca. Oleh itu mesej ini amat penting dalam asas grafik. Dengan mesej yang sesuai dan difahami akan memberi kesan dalam kalangan masyarakat. Disamping itu ialah ketara. Ketara ini adalah sesuatu yang penting juga untuk mengelakkan masyarakat keliru dan salah anggap. Akhir sekali ialah promosi. Kepentingan pada promosi ini adalah banyak dalam membantu masyarakat meningkakan jualan atau sesuatu yang dipromosikan. Dengan asas grafik yang menarik boleh sekali gus menarik masyarakat.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...