Thursday, March 5, 2020

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)


Vandijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisi. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topic atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membibcangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yabg dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

HURAIAN TENTANG TEORI ANALISI WACANA KRITIS

Menurut Normaliza Abd Rahim telah dibahagikan kepada tiga iaitu struktur Makro, Superstruktur dan Struktur Mikro. Tiga jenis ini mempunyai perbezaan dari segi menghasilkannya. Seperti yang dinyatakan Struktur Makro ini adalah topik atau tema manakal superstruktur ini yang biasa dilalukan dalam membuat kritis seperti mempunyai pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Seterusnya untuk Struktur Mikro seperti pilihan kata, lalimat dan gaya. Semua ini digunakan dalam menganalisis wacana kritis.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...