Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adakah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mnsor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian
Pada pendapat saya petikan ini menghuraikan tentang penulisan yang yang memberi kesan yang besar kepada seseorang individu. Keyakinan seseorang dalam penulisan itu penting kerana penulisan akan digeamri pembaca apabila menulis menggunakan emosi untuk disampaikan. Hal ini perlu untuk membuatkan pembaca mendapat apa yang hendak disampaikan. Cabaran untuk seseorang individu dalam penulisan ini antaranya ialah kurang keyakinan dan juga berfikiran negatif. Jika seseorang itu tidak yakin dengan dirinya. Maka penulisan tidak akan menjadi dengan apa yang diharapkan. Biasanya berlaku pelajar-pelajar berasa apabila orang lain membaca penulisannya akan beranggapan tidak berminat. Fikiran yang negatif ini akan mengurangkan minat dalam penulisan. Seterusnya, pelajar ini tidak suka akan sesuatu yang membosankan seperti hanya fokus pada pengajaran bercakap oleh guru sahaja. Oleh itu, perkara yang tidak membosankan adalah melibatkan pelajar. Hal ini akan mengurangkan kebosanan kerana mereka melibatkan diri dengan gembira.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment