Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020:Tentang Diri

         

Assalamualaikum, nama saya Nur Aziemah Binti Jasman. Saya berasal dari Kluang, Johor dan merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Umur saya 22 tahun. saya seorang yang banyak cakap tapi kurang bercakap dengan orang yang baru dikenali, biasa mereka akan menganggap saya sebagai seorang yang sombong dan tidak peramah. Selain itu, hobi saya ialah menulis dan bermain game. Permainan video game ini akan saya lakukan apabila sya menghadapi situasi tertekan dengan kerja kursus dan tekanan dari luar. Bagi saya ia dapat mengurangkan bebanan kerana tahap kefokusan saya terhadap video game tersebut. Bagi saya juga tekanan yang saya hadapi akan hilang apabila ssaya tidur kerana dapat melupakan segalanya tetapi tidaklah menyelesaikan. Perkara yang saya suka apabila saya di alam universiti ialah saya memperoleh ramai kawan yang dapat mematangkan diri saya. Saya bukalah seorang yang datang dari keluarga yang berada tetapi saya bersyukur kerana ibu dan ayah saya menyokong apa sahaja yang saya lakukan. 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...