Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1:

Cerita sosial 1  nenek dan datuk menceritakan tentang nenek dan datuk sebelah ibu Alim yang  kampungnya terletak di Kajang. Alim juga ada nenek dan datuk sebelah ayah yang berada di Melaka. Suasana kampung tempat duduk nenek dan datuk Alim di Kajang telah berubah apabila Alim tiba di kampung tersebut. Apa yang dirindui Alim ketika ke kampung itu ialah ayam dan itik belaan nenek dan datuknya. Setiba Alim dan keluarga ke kampung di Kajang Alim dengan teruja terus ke reban ayam dan itik tetapi sungguh sedih dan marahnya dia apabila segalanya sudah tiada. Anggapan Alim bahawa ayam dan itik belaan nenek dan datuk sudah tiada. Kelihatan Alim begitu sedih, nenek dan datuk bergegas bertanya kenapa dia menangis. Nenek dan datuk menunjuk keberadaan ayam dan itiknya di reban yang baru. Sekali lagi Alim menangis kerana menyangka rumah nenek dan datuknya juga sudah tiada. Alim seorang budak autisme yang keliru dengan perubahan  yang berlaku di kampung. Setelah nenek dan datuk membawa Alim pusing sekitar rumah dan melihat keadaan rumah barulah Alim berhenti menangis dan masuk dengan tenang sambil melihat televisyen bersama adik beradiknya. Walaupun keluarganya pelik melihat kelakuan Alim pada hari ini tetapi mereka cuba membantu Alim. Hal ini membuatkan keluarga Alim lebih rapat dan masalah yang mengelirukan Alim juga dapat diselesaikan.


Rujukan:


Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi dan Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...