Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NUR AZIEMAH BINTI JASMAN (199909)


            Berdasarkan rajah diatas dapat dijelaskan secara ringkas tengtang tips belajar yang mudah. Antara tips belajar yang mudah yang dapat dipraktikkan ialah belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri. Diri kita semua adalah berbeza mengikut tahap dan daya kemampuan. Jadi waktu yang sesuai dengan diri itu perlu untuk menperoleh pembelajaran yang berkesan. Contoh waktu yang dapat membantu untuk meningkatkan daya ingatan biasanya waktu sebelum tidur, selepas bangun dari tidur, selepas mandi, selepas menbaca Al-Quran dan juga selepas berdoa. Waktu-waktu ketika yang dinyatakan ini adalah waktu dimana kita tenang dan mampu untuk menerima sesuatu untuk diingati dan difahami.

          Tips yang kedua ialah kita perlu mengulangkaji pelajaran dengan kerap supaya dapat mengasah ingatan dan sukar untuk lupa apa yang dipelajari sebelumnya. Contoh yang dapat dilihat pada mengul;angkaji dengan kerap ini ialah seseorang itu perlu mengulangkaji apa yang dipelajarinya semua apa yang dipelajarinya di dalam kelas supaya pemahaman tentang apa yang dipelajari itu akan kekal lebih lama.

          Tips yang kedua ialah membuat nota mengikut kreativiti untuk dijadikan bahan kefahaman. Nota aadalah penting untuk seseorang kerana daya ingatan akan lebih tertumpu pada nota, lagi-lagi nota itu ringkas dan menarik untuk dibaca. Contohnya, sesuatu nota bole dicipta dengan membuat corak yang menari seperti mewarnakan untuk nampak lebih meriah dan menarik untuk dibaca. Selain itu, bole juga digariskan isi penting dan juga bole dijadikan bahan yang boleh mereka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.

          Tips yang ketiga ialah cepat mengatur jaduil atau membuat jadual yang mudah untuk diikuti. Jadual adalah sesuatu yang perlu untuk mendisplinkan seseorang dalam pembelajaran. Seandaikan kita dapat mengikut jadual yang kita bina dengan jayanya maka kita akan dapat belajar secara berkesan. Jadual yang dibuat juga perlulah mudah untuk diikuti. Jadual yang dibina itu perlu mengikut masa yang sesuai. Contohnya, tidaklah jadual itu sepenuh masa untuk kita belajar sahaja. Mungkin ada masa yang memerlukan kita untuk beriadah. Jadi Jadual yang berkesan akan membuatkan kita patuh terus menjadikan kita lebih teratur dalam kehidupan. Jadual yang berkesan juga boleh mengelakkan kita daripada tekanan.

          Tips yang keempat ialah tidak membuang masa belajar ketika kita sedang mengantuk.Ketika kita betul-betul berasa mengantuk, jangan cuba untuk paksa diri untuk belajar kerana itu adalah kerja yang sia-sia. Ketika kita mengantuk itu menunjukkan otak kita sudah penat dan tidak dapat memproses apa yang dipelajari jika terus memaksa. Penyelesaian untuk ini, kita perlu berehat atau paling tidak melelapkan mata lebih kurang 15 minit ke 20 minit untuk kembali cergas untuk otak dapat memproses apa yang dipelajari dengan baik.

          Tips yang terakhir ialah tidak belajar pada saat akhir. Sesetengah orang lebih gemar untuk belajar pada saat akhir kerana katanya lebih berkesan berbandingan melakukannya pada awal. Pada ketika belajar pada saat akhir ini adalah sesuatu yang memaksa otak dan kemungkinan boleh berlaku salah kekeliruan pada apa yang dibaca. Belajat pada saat akhir itu bukan tidak dibenarkan tetapi seeloknya belajar dulu apa yang ingin dipelajari lebih kurang sebulan sebelum memulakan peperiksaan dan kemudian membaca atau memahamkan kembali nota yang dipelajari sebelumya. Ia akan lebih berkesan daripada belajar saat akhir tanpa belajar sebelumnya.

          Belajar ini perlu mengikut kesesuaian pada diri. Kita perlu kaji diri kita untuk tahu apa yang sesuai  dengan cara kita. Supaya pembelajaran dapat diproses dengan mudah tanpa tekanan yang dapat membahayakan diri.
 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...