Thursday, May 7, 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Rajah didalam buku Multimedia dan bahasa bersertakan peta minda ringkas berkaitan kepentingan asas grafik.





Gambar rajah diatas merujukkan nota kepentingan asas grafik. Asas grafik adalah sesuatu yang penting bagi penggemar kamera, video atau apa-apa sahaja yang mengandungi grafik. Oleh itu asas grafik mempunyai 5 kepentingan. Yang pertama ialah menarik. Asas grafik penting dalam menarik minat golongan masyarakat yang menceburinya. Asas grafik yang menarik dapat memberi peluang kepada masyarakat tentang grafik yang digunakan. Dengan grafik yang menarik dapat menyampaikan mesej dengan baik kerana telah menarik masyarakat dalam meneliti. Kepentingan yang kedua ialah mudah difahami. Dalam grafik amat penting dalam pemahaman tentang sesuatu grafik yang ditunjukkan. Apabila melihat sesuatu grafik masyarakat tidak berasa keliru dan ragu-ragu dalam memahamkan grafik yang dilihat. Kepentingan ketiga ialah mesej. Mesej ini penting dalam menyampaikan sesuatu yang hendak disampaikan dalam grafik. Sekiranya tiada mesej dalam sesuatu grafik ia tidak menjadi makna bagi sesebuah grafik. Kepentingan keempat ialah ketara. Ketara adalah berbeza sedikit dengan mudah difahami. Ketara ini adalah masyarakat yang melihat sesuatu grafik itu tidak berasa sedikit pun keraguan mengenai grafik tersebut. Boleh dikatakan, masyarakat amat grafik ketara dan jelas tentang grafik yang dipaparkan. Kepentingan terakhir ialah promosi.  Dengan grafik yang menarik dapat mempromosikan sesuatu bahan dan barang untuk mendapatkan keuntungan.



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...