Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Rule of thirds untuk swafoto

Rule of thirds adalah teknik yang sangat penting. Rules of thirds ini digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkaikan imej. Swafoto adalah teknik pengambilan gambar dengan teknik close-up. Pengambilan berfokuskan pada muka dan juga berlatar belakang yang menarik. Dengan menggunakan teknik Rule of thirds pada pengambilan gambar secara swafoto ini amat diperlukan untuk menentukan keseimbangan. Gambar akan kelihatan lebih cantik dan menarik apabila penggunaan Rule of thirds dengan betul. Swafoto adalah teknik pengambilan gambar yang mana menggunakan camera depan . Jadi dengan menggunakan teknik rule of thirds ini boleh menampakkan suasana dimana tempat itu.



Lukisan ini adalah swafoto yang menggunakan teknik rule of thirds. Dimana gambar ini meletakkan individu dibahagian tepi untuk menampakkan keseimbangan dengan latar belakang. Gambar yang meletakkan invidu dibahagian tepi ini dapat mencantikkan gambar. Suasana yang hendak ditunjukkan akan jelas kelihatan.Swafoto ini menunjukkan gambar individu tersebut diambil secara close-up kerana besar pada bahagian individu dan diseimbangkan dengan latar belakang pemandangan.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam bahasa. Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...