Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




Antara 3 nilai yang telah saya pilih iaitu dari dialog "Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?". Nilai yang kita peroleh dari dialog ini adalah baik hati. Alim yang baik hati ingin berkongsi buah-buahan yang dibeli bapanya kepada Sulaiman.Sikapyang ditunjuk oleh Alim ini amat baik.

Selain itu, nilai yang dipilih dari certa sosial 2  ialah  "Alim menolong abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Nilai yang terdapat dari penyataan ini ialah sikap tolong menolong. Alim yang baru sahaja selesai makan terus menolong keluarganya mengemas rumah. Sikap ini amat baik kerana sikap tolong menolong ini adalah amalan yang mulia.

Seterusnya, nilai yang dipilih dari dialog cerita sosial 2 ialah "kenapa Mak cik Timah sedih?". Nilai yang terdapat dalam dialog ini adalah sikap prihatin. Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Alim kepada Mak cik Timah. Alim prihatin dengan bertanya kenapa Mak cik Timah sedih pada ketika itu. Hal ini, nilai yang ditunjukkan amat baik kerana dalam masa yang sama Alim mengambil berat terhadap Mak cik Timah.

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...