Thursday, May 7, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

CERITA SOSIAL 3





Rajah diatas menunjukkan cerita sosial 3 yang telah digariskan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.

           Ayat yang terdapat nilai dalam cerita ini yang pertama ialah "setiap hari, adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong  ibu bapanya setiap hari". Nilai yang terdapat dalam ayat yang dinyatakan adalah tolong menolong. Nilai tolong menolong yang dipaparkan dalam keluarga Alim sangat jelas. Mereka suka menolong satu sama lain dalam menguruskan rumah.

             Nilai yang kedua yang dijumpai dalam cerita sosial 3 ini ialah "saya sayang keluarga saya". Ayat yang dipetik dalam cerita sosial 3 ini mempunyai nilai kasih sayang. Kasih sayang yang ditunujukkan keluarga kepada Alim sangat menampakkan kasih sayang antara satu sama lain. Alim juga sayang menyayangi keluarganya.

              Seterusnya ialah dalam ayat "Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain". Dalam ayat ini terdapat nilai prihatin terhadap keluarga. Alim sangat mengambil berat tentang keluarganya. Walau apa pun berlaku Alim berangapan dan percaya keluarganya akan menolong satu sama lain.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Terjemahan Berbantu Komputer? haa apa tu. Mesti terjemah perkataan je kan? seronok ke? Dalam menterjemah sudah pasti seronok. Sebab apa sero...